I watched this movie one week back but I don't have time to sit and write my response for the movie. I posted the same comment on his blog, but last count there is 240+ comment, I bet if he read all. So here goes....
Salam Bro Afdlin,
First of all congratulation on making one of the best movies in 2009. Am honoured that you have chosen my alma mater UiTM to be one of your prime location for this film. From here onwards I will continue in BM.
Saya tak pasti sama ada komen saya akan dibaca memandangkan betapa ramainya peminat Bro Afdlin di sini. Walaubagaimanapun, saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati dengan cara imej UiTM digambarkan di dalam filem bro.
Pertama sekali berkenaan sahsiah rupa diri pelajar ketika hari pendaftaran. Semua maklum UiTM ialah satu-satunya universiti untuk Bumiputera. Sahsiah rupa diri yang kami junjung tidak tergambar sama sekali di dalam filem ini. Pada hari pendaftaran pelajar diingatkan untuk memakai pakaian yang sopan (baju kurung untuk siswi) dan kemeja + tali leher untuk siswa) . Bukanlah saya ini anti jeans dan T-shirt tetapi hari pendaftaran adalah awal mula imej kampus didedahkan. UiTM berimej barat kah? Kalau pendaftaran di Lim Kok Wing, mungkin ya, siswa dan siswi memakai pakaian mengikut trend terkini.
Sudah lah pelajar yang mendaftar memakai pakaian kebaratan, aturcara hari pendaftaran jugak agak tersasar (tiada orientasi?) . Mungkin saudara hendak mencipta kelainan maka adegan ini tidak dimasukkan.
Mahasiswa dan pensyarah juga tidak langsung mematuhi sahsiah rupa diri ketika di dalam kampus. Sila periksa balik poster-poster di sekitar UiTM yang mewar-warkan sahsiah rupa diri pelajar. Saya musykil tiada pihak dari UiTM yang menegur sepanjang pembikinan filem tentang imej UiTM.
Perkara kedua mengenai budaya hidup pelajar – pulang terlalu lewat malam (adegan Hisyam menghantar Miasara, keadaan sekeliling gelap gelita dan tiada orang lain lalu lalang. Kehidupan kampus bermaksud ada lagi kawalan dari pihak universiti dan kolej kediaman, bukanlah sebebas-bebasnya seperti yang digambarkan. (selalunya mereka ini akan ditahan di pintu pagar oleh Pak Guard)
Pelajar UiTM tidak dibenarkan menganjurkan parti di dalam kampus, apatah lagi yang tidak mematuhi sahsiah rupa diri pelajar. Saya yang menghabiskan masa hampir 7 tahun di kampus induk Shah Alam tidak pernah tahu akan mana-mana pihak yang diberi kebenaran mengadakan parti bersuka-ria seperti itu, tak tahulah kalau fakulti Farid Kamil membenarkan aktiviti sosial dalam kampus…
Perkara kecil sebiginilah yang menyebabkan industri filem kita masih agak sukar menembus pasaran luar. Saya akui, filem Papadom ada mesej tersendiri dan dari segi pembikinan saya tabik bro dan krew-krew yang telah menghasilkan cerita yang lain dari yang lain. Cuma apabila imej UiTM yang jadi taruhan, saya agak terkilan standard yang ditonjolkan agak rendah.
Selain dari itu, cinematography yang menarik telah mengeksploitasi beberapa tempat di UiTM contohnya kafe Menara dan PTAR, amat cantik dan menarik. Syabas.
Ini hanyalah pendapat saya, terpulang pada bro untuk dipertimbangkan atau tidak. Seperti yang saya katakan awal lagi, tak tahu sama ada coretan ini dibaca atau tidak.
Well done & wassalam.
My suggestion : go watch the movie, one of the best yet in terms of story line and the filmmaking goes. However as UiTM alumni, I strongly believed that justice was not done to reflect the image in campus, at least in Shah Alam.
My 2 cents ;p
p/s: my 100th post ;) gilela..2 post in a day, nampak sangat takde keje..hehehe...
0 tribe leader(s) has spoken:
Post a Comment
“Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I will not forget you." ~ William Arthur Ward...
So what say you? ;)