Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Blogging bukanlah trend zaman sekarang, I myself rarely looks at blog nowadays, which is a lost, sebab banyak je ilmu yang berguna masih lagi di kongsi di dalam blog-blog yang ada (okay fine..saya lagi banyak follow YouTube sekarang..but I think worth to put the ceramah into writing..another pet project perhaps..hahahaha...) Ok, back to the main topic, dalam siri yang lepas, kita telah bincang serba sedikit sampai ayat 40 Surah Yusuf. Saya dah janji nak habiskan juga perkongsian dalam BM ni. Yang dalam English kena tunggu masa sikit, sebab folder tu ada dalam kontena kapal..tengah belayar kat laut mana entah sekarang...hehehehe......
Setelah itu Yusuf AS pon menafsirkan mimpi kedua-dua lelaki itu. Dia berpesan kepada salah seorang yang dijangkakan akan bebas dari penjara untuk mengkhabarkan perihal dirinya tentang tuan kepada lelaki itu.
Maka dijadikan oleh syaitan bahawa lelaki itu yang kembali kepada tuannya dan lupa akan pesan Yusuf AS, dan dari sebab itu Nabi Yusuf terus berada di penjara untuk beberapa tahun lamanya.
Selang beberapa waktu, raja Mesir telah mendapat sebuah mimpi seperti di dalam ayat 43:
"Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi".
Dia bertanyakan kepada pembesar-pembesar baginda tetapi jawapan yang diperolehi menurut mereka itu hanyalah mimpi-mimpi kosong.
Dan terdengarlah hal ini kepada salah seorang lelaki yang sama-sama berada di dalam penjara bersama-sama dengan Nabi Yusuf AS. Katanya : "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ".
Maka lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi Yusuf yang masih di penjara dan menanyakan perihal tafsiran mimpi raja itu. Seperti maksud dalam ayat 45 - 49.
45:Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ".
46: (Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".
47: Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
48: Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
49: "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
Nabi Yusuf terus memberikan penafsirannya kepada mimpi itu. Ada beberapa pengajaran penting dari ayat-ayat ini.

- Lelaki yang bebas dari penjara itu tidak berdalih dengan menyorokkan siapa yang pandai menafsir mimpi, dia berterus terang menyatakan dia akan pergi ke orang yang tahu, dia tak take credit for somebody else’s work. Kalau nak ikut dia boleh je buat macam tu.
- Nabi Yusuf disapa dengan sopan, ini adab orang yang mencari ilmu pengetahuan, menunjukkan rasa hormat, rendah diri terhadap orang yang lebih tinggi ilmunya dari kita.
- Sains menafsir mimpi adalah sesuatu yang sangat tepat, setiap situasi dan peristiwa memainkan peranan dalam mimpi yang ditafsirkan.
- Kebolehan menafsir mimpi adalah mukjizat Nabi Yusuf sebagaimana mukjizat Nabi Isa berkebolehan menyembuhkan penyakit dan Nabi Musa yang berhasil menukarkan tongkatnya menjadi ular dan yang paling penting Nabi junjungan kita nabi Muhammad SAW, apa agaknya mukjizat Nabi Muhammad SAW? (al-Quran)
- Ayat 47 mengajar kita supaya bergantung kepada keupayaan diri sendiri terlebih dahulu, barulah meminta pertolongan orang lain.
- Ayat ini juga mengajarkan kita orang bijak pandai dan golongan penasihat seharusnya berusaha memberi penyelesaian untuk masalah yang mereka kesan (bukan tahu raise concern saja). Saya petik kata-kata Robin Sharma dalam kata-kata aluan bukunya yang bertajuk The Leader Who Had No Title : Vicitims recites problems, leaders presents solution, jadi kita yang mana satu?
- Dalam ayat ini juga Yusuf AS mempamerkan akhlak yang sangat mulia iaitu tidak menyembunyikan ilmu, walaupon yang bertanya itu orang yang pernah menganiaya kita dahulu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu (terutama ilmu agama) lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada hari kiamat. (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
- Keseluruhan ayat ini menegaskan untuk setiap satu jangka waktu yang susah, akan ada 2 jangka waktu Allah bagi kesenangan pada kita (seperti ayat 5-6, Surah As –Sharh ) 7 tahun yang ada hujan, makan dan berjimat sebagai persediaan untuk 7 tahun kemarau dan sesudah itu akan datang waktu hujan akan turun kembali dan boleh bercucuk tanam. Pengajaran, waktu rezeki melimpah ruah, beringat-ingatlah untuk menyimpan, sebab langit tak selamanya cerah...chheewwaahhh..!! hahaha.. (gelak sendiri la kan, takda sapa nak gelak ngan kita)
Sehingga bertemu di lain kali, insyaAllah :) Wassalam....
0 tribe leader(s) has spoken:
Post a Comment
“Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I will not forget you." ~ William Arthur Ward...
So what say you? ;)