Thursday, October 27, 2011

Relevankah?

Assalamualaikum w.b.t,

Baru balik dari usrah, hadis yang kami bincang hari ini melibatkan 3 keadaan seorang Muslim dibenarkan dibunuh, 3 perkara itu ialah :
  •  Janda yang berzina
  • Orang yang membunuh orang lain tanpa sebab yang munasabah
  • Orang Muslim yang murtad

Dan pastilah topik yang paling menarik, yang akhir sekali, seorang akhwat mula berkongsi bual bicara dalam TV AlHijrah tentang soal murtad ni. Aku tak sempat tengok. Kalau menurut dia ada 3 panel, antaranya Dr Zaharudin, (Dr Z), Presiden (ke Pengerusi Majlis Peguam Muslim) (PMPM). Antara inti perbincangan Dr Z menyatakan pendirian beliau tentang isu murtad, beliau tidak menyalahkan pihak-pihak Kristian dalam menyebarkan agama mereka, kerana itu sebahagian dari dakwah mereka, yang beliau lebih tekankan adalah peranan Majlis Agama dalam menangani isu murtad, aku setuju.

Dalam perbincangan itu timbul pula isu umat Islam yang murtad disebabkan kemiskinan. Aku tak pasti apa yang Dr Z cakap, tapi akhwat ni menyuntik sentiment Majlis Agama (Baitulmal) tidak melakukan tugas mereka dengan berkesan bila menyangkut urusan pembahagian zakat fakir miskin. PMPM ada menyarankan bahawa masyarakat juga boleh main peranan seperti membawa fakir miskin ke pejabat zakat untuk memohon bantuan. Akhwat ni siap memperlekehkan cadangan PMPM itu, katanya tak lojik.

Aku dah tak boleh diam. Pantang jugak bila orang mula memperlekehkan Baitulmal. Aku mula buka mulut,
“Saya bercakap dari pengalaman, saya rasa Baitulmal KL sangat main peranan. Sejak kecil keluarga saya terima wang zakat, dari bantuan makanan bulanan, ke bantuan masuk U, semuanya kami dapat. Awal mula kami menerima bantuan zakat bila mak selalu beli barang kat satu kedai runcit ni. Agaknya pakcik itu boleh agak tahap ekonomi keluarga kami, dia pun bagi borang permohonan zakat, mak disuruh ke masjid, jumpa amil untuk mohon bantuan zakat. Dari situlah kami sekeluarga mula dapat bantuan lain. Memang lumrah, dengan kemiskinan, kebanyakan orang naïf, tak tahu apa bentuk bantuan yang boleh kita mintak. Kena ada ahli masyarakat yang tahu, tolong tunjukkan ke arah yang boleh kita lalui”

Point aku kat sini :

Janganlah kita memperlekehkan cadangan orang lain. Hanya kerana orang itu berbeza fahaman politik, kita memperkecilkan pandangan dan saranannya. Akhwat itu dari awal menyatakan PMPM itu pro-kerajaan, jadi apa pun yang keluar dari mulut PMPM, aku boleh agak dipandang ringan oleh akhwat ini. Aku memang join usrah, dan usrah ni bawah kelolaan IKRAM, yang aku tahu rata-rata orang kuatnya sangat tidak pro-kerajaan. Kalau ikutkan pendirian politik aku, memang dah lama angkat kaki, tapi aku ingat balik niat aku join usrah, untuk tambah ilmu agama yang tak seberapa ni. Memang kadang-kadang lebih 50% isu yang dibahas, mesti ada terselit unsur politik, tapi aku abaikan.

Ada juga dibahas isu HIMPUN, persoalannya kenapa slogan perjuangannya fokus pada bersatunya Melayu akan mendaulatkan Islam. Nanti apa perasaan Muslim dari bangsa lain? Cina Muslim, India Muslim? Kenapa nak memperkecilkan skop orang Islam di Malaysia dengan hanya melaungkan sepanduk Melayu? Aku faham, mungkin perjuangan ini kurang tepat kalau imej Islam jadi taruhan, tapi pernah tak akhwat-akhwat ni terfikir, mungkin salah satu sebab penganjur fokus pada Melayu adalah sebab di atas, pandangan sesama professional Melayu sudah diperlekehkan dari orang bawah, macam mana nak bersatu kalau masyarakat kita berfikir dengan berlandaskan fahaman politik, bukan secara objektif isu yang diperbahaskan. Mentang-mentang yang bagi pandangan bukan sehaluan politik, terus pandangannya dipandang remeh? Mungkin sebab itulah penganjur HIMPUN nak fokus pada orang Melayu dulu, tapi aku bukanlah menyokong HIMPUN, sebab aku pun tak pernah ambil tahu apa pucuk pangkal perjumpaan itu, jadi aku tak nak ulas lebih-lebih…

Point kedua, orang yang tidak pernah merasa, janganlah terlalu cepat menghukum pihak yang kita tak tahu tatakerja mereka. Contoh sini senang sangat. Kalau bab mengutuk Baitulmal tak adil, tak buat kerja dan sebagainya semua orang bersemangat nak bagi pendapat. Mereka ni orang-orang yang hanya memberi zakat, tapi tak pernah ambil tahu, bagaimana zakat itu diagihkan, bagaimana kakitangan Baitulmal berjalan kaki ke rumah-rumah memantau keluarga yang diberi bantuan zakat. Bagaimana ahli-ahli Puteri Umno buat roadshow bagi kesedaran pada masyarakat tentang bantuan yang boleh diminta. Mereka ini golongan yang hanya tahu menuding jari, padahal mereka golongan terpelajar. Ini yang buat aku risau, mereka orang berilmu tapi sering terbawa emosi saat berbahas soal macam ni. Takut nanti kata-kata mereka diambil oleh orang yang kurang arif, dan dianggap itulah kebenaran.  

Serius, aku akan terus hadiri usrah untuk ilmu agama, bab isu politik ni aku akan cuba abaikan. Tapi kalau isu yang aku rasa aku punya pengalaman untuk menjawab, aku akan jawab. Biarlah aku dilabel pro-kerajaan. Aku tahu tak ada kerajaan yang sempurna dalam dunia ni, dan aku tahu dengan cara mengutuk, isu itu tak akan ke mana. Biarlah orang lain sibuk berapi nak cakap siap betul, siapa salah, yang penting aku tahu pendirian aku, dan kalau boleh satu hari nanti aku akan cuba perbaiki keadaan, insyaAllah…

7 comments:

  1. Jeet
    Thanks for sharing. I could feel the Cancerian in you .. *wink* .. CS

    ReplyDelete
  2. Nice one! Setuju! Geram jugak dengan orang yang suka memperlekehkan Baitulmal ni. Saya pun rasa golongan yang layak dibantu ni sebenarnya mungkin kurang pengetahuan macamana cara untuk dapatkan bantuan. Bila ada masalah sikit dalam procedure, mulalah buat cerita Baitulmal tak membantu lah, taknak bagi duit lah, mcm2. Glad I met you, sbb lepas ni siapa yang cakap ikut sedap mulut pasal Baitulmal, saya boleh bagi contoh. :)

    ~ Semoga diberi ilmu yang berguna dan kekuatan untuk beristiqamah pergi usrah tu. :)

    ReplyDelete
  3. Tapi kan... Pusat Zakat dpt juta2, camanalah agihan pendapatan tu yerk klu ramai lagik org susah sampai buleh murtad2 bagai.. haihhhh ponin den, nak2 bila masuk ke arah2 politik lagik lah akak rasa terus lemau..

    ReplyDelete
  4. CS, tang mana yang obvious sangat? :P

    Faiz, thanks, sebenarnya ramai yang dapat dok diam, tu yang ramai yang lain tak tau, gambatte for usrah!!! :f

    kak yong, sy tak tau la comment camne kalo tgk orang yang dhaif sgt ni, tapi sy tau Baitulmal melabur ikut cara lain bnyk gak, cthnya Pusat Latihan Baitulmal, tu semua nak tolong orang susah hantar anak belajar kemahiran, tanpa susah keluar duit masuk kolej swasta,
    pastu yang terbaru dorang still dlm construction phase skolah menengah agama dekat bdr seri permaisuri, bertingkat-tingkat, siap ngan asrama bagai, tu makan juta2 jugak,
    insyallah kalo sy rajin sy semak annual report dorang, dulu pernah tgk, tapi x kaji detail lagi la... ;)

    ReplyDelete
  5. Jeet
    Sifat membela kebenaran... that's so obvious :-)

    CS

    ReplyDelete
  6. Dkt opis lama i selalu attend usrah which was held every friday. It totally turn me off when the ustazah started condemning the ruling party. I nie tak pro to that party. Like u, i dislike when they meddle politics with religious study

    ReplyDelete

“Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I will not forget you." ~ William Arthur Ward...

So what say you? ;)