Wednesday, August 14, 2013

An Epic Journey Sharing - translated to Malay part 2

Assalamualaikum w.b.t,

Salam Aidilfitri... tahun ni entah apa yang sibuk sangat sampai nak tempek kad raya kat sini pon tak sempat. I took leave quite early so lepas send to all the colleague ingatkan nak post kat blog once I got back in SP. Tapi as usual, once dah sampai SP, phone ke mana, laptop ke mana, sudahnya hari ni baru ingat balik...hehehe...

Disebabkan dah ada kadnya..letak je la kan..walaupon the pantun dah tak relevan hari ni...

I am back in the office, but seriously lack of motivation to work (hampeh!!) MP3 player dah tukar balik ke I-tunes (Indon tunes..hahaha) from Ramadhan tunes. Okla, melalut pulak, back to the original topic, continued the Malay version of Surah Yusuf:

*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Ayat ke-6 menegaskan kenabian Yusuf AS dan susur galur datuk dan moyangnya iaitu Nabi Ishaq dan Nabi Ibrahim AS. Pada masa ini dikatakan Nabi Yusuf baru berusia 7 tahun. Nabi Yusuf ada seorang saudara lelaki dari ibu yang sama dan beberapa orang saudara lelaki dari berlainan ibu. Mereka sentiasa merasakan ayah mereka yakni Ya’qub sentiasa berat sebelah kepada Yusuf dan saudara seibu dengannya. Pada suatu hari timbullah niat jahat di kalangan saudara Yusuf AS bila mana mereka mula merancang untuk membunuh Yusuf AS, ni semua akibat cemburu yang terlampau. Tapi ada cadangan dari salah seorang dari kalangan mereka , dia cakap “ kalau nak buat, kita campak saja Yusuf ke dalam perigi, nanti ada orang datang, dia akan dibawa pergi, kita tak perlu membunuh dia.” 

Mereka telah memujuk Ya’qub AS untuk membenarkan mereka membawa Yusuf keluar bermain dan berjanji akan menjaga Yusuf AS. Nabi Ya’qub yang sedia maklum akan sifat cemburu anak-anaknya terhadap Yusuf agak keberatan untuk mengizinkan. Ya’qub menyatakan kebimbangannya yang Yusuf akan dimakan serigala di saat saudaranya yang lain leka bermain. Tapi saudara Yusuf menjawab Jika dia dimakan serigala, padahal kami kelompok yang kuat, kalau demikian tentu kami orang-orang yang rugi.” Punyala usaha nak yakinkan Ya’qub AS sampai mereka sanggup mempertaruhkan reputasi mereka.
Mendengarkan jaminan itu, Ya’qub AS melepaskan Yusuf untuk pergi bersama saudaranya.

Mereka pon tanpa berlengah lagi memasukkan Yusuf AS ke dalam sebuah perigi. Pada waktu ini Allah SWT telah mewahyukan kepada Yusuf AS mafhumnya “ Engkau nanti pasti akan menceritakan perbuatan ini kepada mereka, sedang mereka tidak sedar akan itu.”

Petang itu, saudara Yusuf AS kembali ke rumah dalam keadaan menangis bertemu dengan ayah mereka. Demi untuk meyakinkan cerita bahawa Yusuf telah dimakan serigala, mereka telah membawa bersama baju Yusuf AS yang telah dilumuri dengan darah. Ya’qub AS membalas, “Sebenarnya hanya dirimu sendirilah yang memandang baik urusan yang buruk itu; maka hanya dengan bersabar itulah yang terbaik bagiku. Dan kepada Allah sahaja memohon pertolongannya terhadap apa yang kamu ceritakan.” 

Maksudnya di sini, Nabi Ya’qub sudah tahu perkara yang sebenarnya terjadi, tapi beliau tidak lah pula memarahi anak-anaknya, mungkin kerana tidak cukup bukti, wallahu a’lam. Tapi yang penting untuk kita ambil pengajaran di sini adalah sifat sabar Nabi Ya’qub dan menyerahkan lain-lain urusan (menghukum dan sebagainya) kepada Allah SWT.

Berbalik kita kepada Nabi Yusuf AS, datanglah sekelompok musafir melalui perigi itu, orang suruhan mereka pon ditugaskan untuk mengambil air, dia turunkan timba (baldi) dan mereka pon menemui Yusuf AS. Nabi Yusuf dibawa pergi dan Allah sahaja yang tahu apa yang mereka lakukan. Selepas itu mereka menjual Nabi Yusuf dengan harga yang rendah, hanya beberapa dirham, sebab mereka tidak tertarik padanya.
Nabi Yusuf telah dibeli oleh orang Mesir (tempat asal nabi Yusuf adalah di Palestine).

Dia berkata kepada isterinya “: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Maka Yusuf AS dibesarkan dalam rumah itu dan Allah telah menganugerahkan ilmu pengetahuan (takwil mimpi) dan kekuasaan. Apabla meningkat dewasa, kita semua maklum, Nabi Yusuf terkenal dengan rupa parasnya yang kacak.

Diriwayatkan dalam ayat 23-25 bagaimana perempuan di dalam rumah yang Nabi Yusuf tinggal itu cuba untuk menggoda beliau. Tapi jawab Nabi Yusuf AS “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya". 

Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Allah) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari segala dosa.”

Perempuan itu mengejar Yusuf AS sehingga ke pintu dan baju Yusuf AS di bahagian belakang hingga koyak. Bila pintu terbuka, ternyata suami perempuan itu ada di depan pintu. Oleh kerana ingin menyelamatkan dirinya, telah berkata : Tidak ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya"

Yusuf AS cuba mempertahankan dirinya, dan seorang dari ahli keluarga perempuan itu memberi pendapat "Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang dusta.Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah dari orang-orang yang benar".

Melihatkan keadaan baju Yusuf AS, lelaki itu percaya akan dakwaan beliau. Suami perempuan itu meminta Yusuf AS untuk melupakan hal itu dan meminta isterinya untuk memohon ampun atas dosanya. Dalam ayat-ayat terdapat pengajaran yang jelas yang kita sendiri sedia maklum, antaranya:
Hikmah kenapa lelaki dan perempuan yang bukan mahram tidak dibenarkan berdua-duaan.

Kalau kita tengok balik dalam ayat 23, jelaslah di sini, dalam menghindarkan diri dari melakukan dosa, kita hendaklah senantiasa memohon perlindungan dari Allah SWT dan hanya kepada Allah tempat kita memohon pertolongan. Yusuf AS mempamerkan sifat sabar, keupayaan untuk mengawal diri, dan taat kepada Allah Taala saat beliau diuji. Kalau kita lihat balik, dari mana Nabi Yusuf AS mendapat sifat-sifat ini? Tidak dinafikan para nabi sentiasa berada dalam perlindungan Allah tetapi sesetengah ulamak berpendapat sifat taat kepada Allah ini telah di perolehi hasil didikan ayahandanya Ya’qub AS. Tuan-tuan bayangkan, Yusuf terpisah dengan Ya’qub sejak dari umur 7 tahun, dan apabila dewasa, dia masih dapat mengekalkan aqidahnya dan takut kepada Allah SWT. Betapa berkesannya didikan di awal usia yang telah diterapkan oleh Ya’qub AS kepada Yusuf dan ia tetap kukuh walaupon setelah sekian lama terpisah dari ayahnya. Wallahu’alam.

4 comments:

  1. Thanks kak. Sekadar nak kongsi sikit lagi dengan readers blog yg best ni, yang bagi idea baju koyak depan or belakang tu adalah baby. Dia adalah antara 4 baby yang diizinkan Allah untuk bercakap. Lagi 3: nabi Isa a.s., anak Masyitah, n baby dalam kisah Juraij (yang ni saya pernah share kat blog). Wallahualam. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks paiz for pointing that out. akak baru tau ni :)

      Delete
  2. Salam Aidilfitri buat Adinda Jeet, maaf andai ada terkasar bahasa selama berkawan di alam maya ini dehhh...and thanks for sharing dlm bahasa dis time ngehngeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri kak yong, sama-sama... letih jugak buat kerja translation..but i like..!! hehehe ;)

      Delete

“Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I will not forget you." ~ William Arthur Ward...

So what say you? ;)