Sunday, March 3, 2013

The version that I choose to read - Lahad Datu

Assalamualaikum w.b.t,

Terpanggil sangat nak post pasal ni sebab kat FB dah macam-macam versi dari jurucakap rakyat yang tidak bertauliah, yang share post tanpa sumber yang sah atau yang sengaja nak post one liner so that dapat himpun banyak 'like'. Semuanya mengutuk politician menangguk di air yang keruh..padahal sampai la ni saya tak terbaca kenyataan ahli politik (kerajaan atau pembangkang) yang buat kenyataan yang tidak sesuai. Yang awak tu layak sangat ka buat statement? Polis bukan, tentera bukan, paling habis engineer yang dapat news pon dari FB tercinta awak tu. You have little idea how the law works, how complicated the situation is and how the people involved are doing their best to make the decision based on their ability, knowledge and power for the good of the masses. So stop speculating, pray for the best and quit pointing fingers.


Sesungguhnya saya bersyukur kerana mempunyai teman2 rapat di dalam polis dan atm...semakin faham dengan konteks sebenar tentang permasalahan di lahad datu, kalau nak harap tgk post org lain..semua nak sebut the 'p' word. If you detest it so much..why did u even mentioned it...?
Saya percaya Allah akan bagi kita jumpa apa yang kita niatkan untuk cari...if you look for controversy, you'll definitely gets it. Likewise. Terima kasih skuad rotu uitm batch 21.

This one particular links summarize the background story pretty much perfectly, highly recommended.
http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-pencerobohan-lahad-datu-oleh-tentera-diraja-kesultanan-sulu/

Another message from whatsapp budak-budak rotu :
Quote "


Persoalan Kenapa guna polis tak tentera?

  1. Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
  2. Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
  3. Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.


Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna


  1. Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
  2. Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
  3. Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
  4. Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? 
  5. Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan : Ingat kes al-Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung.
Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya.

Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Great Wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

"Unquote

Tepuk dada tanya akal. Kalau masih nak cari kontroversi dalam setiap permasalahan, silakan, anda akan menyumbang ke saham-saham itu dia akhirat kelak.
Wallahua'lam.

3 comments:

  1. Jeet
    Thanks for the info. Serba sikit dah paham..

    ReplyDelete
  2. ye Jeet, thanks for the info. di fb kaktek tak baca sebab sumpah seranah je banyak.

    ReplyDelete
  3. Hi Jeet, lets pray and hope the situation there will be solved quickly, and the police and military personnel not to be sent into harms way.
    Best regards.
    Lee.

    ReplyDelete

“Flatter me, and I may not believe you. Criticize me, and I may not like you. Ignore me, and I may not forgive you. Encourage me, and I will not forget you." ~ William Arthur Ward...

So what say you? ;)