Wednesday, March 27, 2013

An Epic Journey part 11

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Just a short one today, we continue with another 2 ayat of Surah Yusuf,

Ayat 11,

They said, ‘O our father, why do you not entrust us with Yusuf while indeed, we are to him sincere counsellors?’

The scholars derived five important points from this ayat,

  1. Planning must precede action
  2. The evils of emotional blackmail and its malicious nature
  3. Persistence on specific issue indicates the presence of an ulterior motives.
  4. The tongue is a medium of communicating our physical action and our internal desires, both directly and indirectly.
  5. Shaytan uses this methodology when attempting to misguide people.

Ayat 12

Send him with us tomorrow that he may eat well and play. And indeed we will be his guardians.

This ayat highlighted the permissibility of play and recreation.
Islam is complete and comprehensive – It addresses every aspect of our lives and our needs, including our need for diversion and recreation, providing for us lawful means to fulfil this need. In the Sunnah, we see the Companions participating in many different forms of lawful entertainment and play. They engaged in sports such as foot-races, horse-racing, wrestling and archery. They also told jokes and engaged in light hearted conversation.

A’isha RA relates about her husband, the prophet SAW: I swear by Allah that I saw Allah’s messengers standing at the door of my room while the Abyssinians were engaged in spear play in the mosque of Allah ‘s Messenger. He screened me with his cloak so that I could watch them perform. He stood there for my sake until I decided that I had enough.” Now just imagine how much time a young girl eager for entertainment would stand there watching. [Al-Bukhari and Muslim]

Guidelines to follow when engaging in recreational activities.

  1. Our means of recreation and our entertainment must be completely free from anything that is unlawful in Islam.
  2. Recreation must never cause us to neglect our obligatory worship and our obedience to Allah
  3. Recreation and entertainment must not take up too much of our time. We should not engage in them to the point where it ceases to be beneficial.
  4. It must not become a habit to continually seek recreation and diversion.
  5. Recreation must not restrain or distract us from activities  that would benefit us in our worldly or spiritual lives.

The art of persuasion is also illustrated in this ayat :

  1. To influence anyone to do something you have to build a rapport with them and use language to encourage them to agree with you.
  2. This is an important skill to possess when inviting and advising people in the matters related to the deen.
Now which one would you do today? To play or to persuade? :)

Wallahu'alam...

Wednesday, March 20, 2013

Kelly Clarkson - Breakaway (Live American Idol Christmas Special)

Assalamualaikum w.b.t,

I have been taking Uncle Lee's advice quite literally, keeping a song in my heart, and this one would be it for the next few months :)



da da da da da da da da da da da da da........

Friday, March 15, 2013

Kisah Abu Hurairah dan pencuri

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini kita akan menyingkap sebuah kisah sahabat nabi.. (macam intro rancangan adik-adik pulak...hehehe...). Kisah tentang Abu Hurairah RA dengan seorang pencuri. Moga jadi pengajaran untuk kita semua, insya Allah... :D

Abu Hurairah radiallahu’anhu merupakan salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW. Pernah suatu waktu, Abu Hurairah bertanggungjawab menjaga gudang yang menyimpan harta dari hasil kutipan zakat. Pada suatu hari, muncul seseorang dan dia mencuri segenggam makanan. Abu Hurairah berjaya menangkap orang itu, lalu mengancam untuk diadukan kepada Rasulullah SAW. Pencuri itu merayu-rayu meminta dilepaskan, dengan alasan keluarganya miskin dan dia amat memerlukan makanan. Oleh kerana kasihan, Abu Hurairah melepaskan pencuri itu dengan syarat dia tidak akan mengulangi perbuatannya.
Setelah itu, Abu Hurairah menceritakan kejadian itu kepada Rasulullah SAW. Selepas mengetahui apa yang terjadi, Rasulullah SAW berkata, “Dia berbohong. Pada waktu malam nanti dia akan datang lagi.”
Oleh kerana Rasulullah telah berkata demikian, Abu Hurairah lebih berhati-hati keesokan malamnya.

Tepat seperti jangkaan Rasulullah SAW, pencuri itu datang lagi dan mengulangi perbuatannya mencuri makanan. Abu Hurairah berjaya menangkap pencuri itu dan mengancam untuk mengadukan kepada Rasulullah SAW. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : “Saya orang miskin, keluarga saya ramai. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi.” Sekali lagi Abu Hurairah merasa kasihan dan melepaskan pencuri itu.
Diceritakan sekali lagi kepada Rasulullah keesokan harinya. Sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : “Pencuri itu bohong, dan malam nanti dia akan kembali lagi.”

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan lebih berwaspada. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan dia berjaya menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi.

Benarlah kata-kata Rasulullah, pencuri itu kembali lagi. Abu Hurairah nekad untuk membawa pencuri itu kepada Rasulullah, tetapi pencuri itu masih memohon untuk dilepaskan.

Melihatkan kesungguhan Abu Hurairah untuk membawanya bertemu Rasulullah SAW, pencuri itu berkata : “Lepaskan saya, saya akan mengajar tuan beberapa kalimah yang sangat berguna.”

“Kalimah-kalimah apakah itu?” Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu.

“Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi.”

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. “Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?” tanya Rasulullah SAW sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

“Dia mengajarku beberapa kalimah yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan,” jawab Abu Hurairah.

“Kalimah apakah itu?” tanya Nabi Muhammad SAW..

Katanya : “Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : “Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.”

Mendengar cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya dia tetap seorang pendusta.” Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : “Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?”
“Entahlah.” jawab Abu Hurairah.
“Itulah syaitan.” jawab Nabi Muhammad SAW.
Pengajaran cerita ini:
1.Shaitan akan sentiasa memujuk kita supaya tidak melakukan perkara yang benar. Berbagai cara digunakan untuk memujuk atau menghasut manusia, dalam cerita ini, dia menimbulkan rasa kasihan dalam diri Abu Hurairah. Oleh itu, kita seharusnya tidak takut dalam menegakkan kebenaran walaupun ada orang yang akan sedih atau terluka.
2.Walaupun perkara yang diajar oleh shaitan itu benar, tetapi tujuan ia mengajar adalah untuk melepaskan diri sendiri, bukan untuk berkongsi ilmu.
3.Bacalah ayat kursi sebelum tidur, untuk menghindar dari gangguan shaitan.

Sumber dari Hadith Riwayat Bukhari no. 2187. Diceritakan oleh Ustaz Solmed, dalam episod sinetron Pesantren & Rock & Roll. Siapa bilang nonton sinetron nga ada manfaatnya...? ;)

Sunday, March 3, 2013

The version that I choose to read - Lahad Datu

Assalamualaikum w.b.t,

Terpanggil sangat nak post pasal ni sebab kat FB dah macam-macam versi dari jurucakap rakyat yang tidak bertauliah, yang share post tanpa sumber yang sah atau yang sengaja nak post one liner so that dapat himpun banyak 'like'. Semuanya mengutuk politician menangguk di air yang keruh..padahal sampai la ni saya tak terbaca kenyataan ahli politik (kerajaan atau pembangkang) yang buat kenyataan yang tidak sesuai. Yang awak tu layak sangat ka buat statement? Polis bukan, tentera bukan, paling habis engineer yang dapat news pon dari FB tercinta awak tu. You have little idea how the law works, how complicated the situation is and how the people involved are doing their best to make the decision based on their ability, knowledge and power for the good of the masses. So stop speculating, pray for the best and quit pointing fingers.


Sesungguhnya saya bersyukur kerana mempunyai teman2 rapat di dalam polis dan atm...semakin faham dengan konteks sebenar tentang permasalahan di lahad datu, kalau nak harap tgk post org lain..semua nak sebut the 'p' word. If you detest it so much..why did u even mentioned it...?
Saya percaya Allah akan bagi kita jumpa apa yang kita niatkan untuk cari...if you look for controversy, you'll definitely gets it. Likewise. Terima kasih skuad rotu uitm batch 21.

This one particular links summarize the background story pretty much perfectly, highly recommended.
http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-pencerobohan-lahad-datu-oleh-tentera-diraja-kesultanan-sulu/

Another message from whatsapp budak-budak rotu :
Quote "


Persoalan Kenapa guna polis tak tentera?

  1. Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
  2. Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
  3. Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.


Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna


  1. Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
  2. Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
  3. Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
  4. Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? 
  5. Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan.

Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan : Ingat kes al-Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung.
Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya.

Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Great Wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

"Unquote

Tepuk dada tanya akal. Kalau masih nak cari kontroversi dalam setiap permasalahan, silakan, anda akan menyumbang ke saham-saham itu dia akhirat kelak.
Wallahua'lam.