Kisah 1:
Sebatang pen digunakan untuk menggantung frame gambar. Pen itu dipaksa masuk ke dinding oleh tukul, setelah beberapa kali tukul, pen itu pecah, dan dibuang ke dalam tong sampah. Pen tadi mungkin jenama 'Parker' atau jenama "Kilometrico' , tapi hakikatnya bila tidak digunakan mengikut tujuan asal, pen itu berakhir sebagai sampah.
Begitu juga manusia, hidup tidak mengikut tujuan akhirnya kita akan menjadi sampah. Apa tujuan kita? Bagaimana kita nak tahu tujuan satu kamera yang baru kita beli, rujuk pada manual, lagi baik rujuk pada pencipta. Samalah kita, pencipta kita Allah, manual kita Al-Quran dan Hadith, apa tidak cukup lagi tujuan kita di bumi ini? Being a Muslim is not about staying in masjid 24/7. Islam calls for Muslim to work hard, so that we can help other people. Islam is a religion that demands the people to be the best that they can be, but have we?
Kisah 2:
Satu program motivasi diadakan di satu sekolah.
Ustaz: Sekarang ustaz nak kamu senaraikan 10 kegunaan pokok kelapa
Laju tangan murid-murid menulis satu persatu kegunaan pokok kelapa. Apabila semua selesai, ustaz menyuruh salah seorang membacakan kegunaan pokok kelapa. Semuanya disebut dengan betul oleh murid tadi, kawan-kawannya juga begitu.
Ustaz: OK, sekarang, kamu terbalikkan kertas, tulis kat belakang kertas tu, 10 kegunaan saya (murid itu)
Masing-masing mulai bingung..berfikir, diam, termenung..tak tahu nak tulis apa.....?
Murid A: Entahla ustaz, menghabiskan beras agaknya...?
Setelah agak lama, tak ada seorang pon murid yang boleh menyenaraikan 10 kegunaan diri sendiri.
Ustaz: Baiklah cikgu-cikgu, lepas ni saya minta cikgu-cikgu menulis surat kepada ibu bapa murid-murid ini, 'kehadapan ibu-bapa peserta program, adalah baik jika tuan/puan membela pokok kelapa yang sudah tentu kegunaannya yang ada lebih daripada 10, daripada tuan-tuan dan puan-puan membela anak masing-masing yang tidak tahu apa kegunaan mereka ini.....'
Murid-murid hanya tunduk membisu....
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
These are two of the stories told by Ustaz Hasrizal in his ceramah yesterday in our office. He touched the very basic fundamental of the existence of us as khalifah on this earth. This story came about when he was telling us the encounter that he has with somebody that questions the need to perform five daily prayers, to cover the aurat, to live the way Islam is. Actually there is more than this two stories, I wish I can tape it, but I couldn't. His way of delivering the points were so eloquent and everything falls smoothly and right into their own places.
He makes a comparison on the things that we should do and put it in the simplistic manner.
Katalah, satu hari anda dapat surat dari istana negara, 'anda bernama sekian sekian, akan dikurniakan darjah kebesaran dengan pangkat sekian sekian....sila hadir ke istana negara dengan mematuhi kod pakaian di bawah.....baju melayu hitam, kain songket, songkok hitam, kasut hitam berkilat...'
Anda tidak punya baju melayu hitam, tapi adakah anda akan melepaskan peluang menghadap ke bawah duli dan menolak darjah kebesaran yang akan dikurniakan? Hatta apa pon syaratnya, dek kerana nak mendapatkan pangkat yang dijanjikan, anda akan berusaha untuk mematuhi kod pakaian agar dapat hadir dan masuk ke istana negara. Akankah anda bangkang kod pakaian itu? Mungkin tidak..
Begitulah juga dengan tuntutan menutup aurat..
There are many more, but some I forgot already (shows what my attention span level for now). But I highly recommend the ustaz if you are in the midst of planning a motivational program or anything of that sorts. He delivers the ceramah in mix language, both BM and English, and his vast travelling experience does add flavour to his content. Highly recommended. ;)
waaa best jugak assignment pokok kelapa tu kaktek bagi kat budak2 ni nanti....
ReplyDeletewalaupun kaktek pun tak terbayang 10 kegunaan diri kaktek...huhu.... adakah elok abe gapo kawen je dgn pokok kelapa? huwaaa...adakah....
hahaha...no komen, cer la kak tek bagi kat dorang, tgk apa dorang list kan, looking forward to list syasya :O
ReplyDeleteBagus la Ustad tu. Guna simple analogy je kan, terus buleh masuk dalam kepala and proses :D
ReplyDeleteVery good psychological approach. Penceramah mcm nie br best.
ReplyDeleteThx for sharing yea jeet
ha'ahlah, baguih betul pendekatan metafora ustaz tu, baru le mata tak kuyu masa dengo ceramah ye dak...bak kata pak cik akak, semalam masa lepas terawikh ustaz tu punye example punyalah lawak, kata dia contoh2 susah nak kusyuk semayang bila org kt saf depan pakai baju macam2, ada yg siap pakai baju sewa canopy utk kenduri kawin dgn no phone sekali, so dlm hati dok berkira2 buleh le tanya nti sbb bulan depan anak nak kenduri kawin harhar...
ReplyDelete