Monday, April 28, 2014

A Tour of Paradise and Hellfire - Abdul Nasir Jangda - Quran Weekly

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...

A 1.5 hours well spent to get the idea of how Jannah and Jahannam looks or feels like. Loads of lesson to be extracted. 

Wassalam.

Friday, April 25, 2014

An Epic Journey Sharing - translated to Malay part 5

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh...

Lama betul tak menulis...(menaip...hehehe..) dan rasanya tak habis-habis lagi kongsi tafsir Surah Yusuf. Panik kejap tadi bila tak jumpa word file yang saya kongsi waktu bulan Ramadhan tahun lepas...dah nak masuk Ramadhan..tak habis-habis lagi...Ya Allah... this is taking procrastination to the max!! Astaghfirullahal 'azim...

Alhamdulillah last-last jumpa juga, search pakai keyword macam-macam masih tak jumpa, sayang kalau hilang..nak taip balik...bercinta tahu... oklah.. without further ado, kita sambung dari siri lepas.

*********************************************************************************
Kita berhenti setelah mengupas pengajaran hingga ayat 49.

Mendengarkan penafsiran mimpi itu, raja meminta supaya Yusuf AS dibawa bertemu dengannya. Nabi Yusuf enggan, lalu meminta orang suruhan raja bertanyakan tentang hal perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka. Raja pun memanggil perempuan-perempuan itu untuk bertanyakan hal itu.

Dapat kita lihat peribadi Nabi Yusuf AS di sini, beliau tidak mendedahkan isteri al-Aziz seorang sahaja, bahkan mengarahkan pertanyaan kepada sekumpulan perempuan itu, ini menunjukkan betapa pentingnya untuk tidak membuka aib sesama manusia walaupon kita mahu menyelamatkan diri kita sendiri.

Ayat 51 menegaskan bahawa kumpulan perempuan itu telah mengaku merekalah yang telah menggoda Nabi Yusuf AS dan bila itu tidak berhasil, merekalah yang memasukkan Yusuf ke dalam penjara.

Raja berkata (kepada wanita-wanita itu): "Bagaimana keadaanmu ketika kamu menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadamu)?" Mereka berkata: "Maha Sempurna Allah, kami tiada mengetahui sesuatu keburukan dari padanya". Berkata isteri Al Aziz: "Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku), dan sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang benar".

Mengetahui hal itu, raja telah memerintahkan Nabi Yusuf AS dibawa mengadap dan baginda sendiri akan melantik Yusuf sebagai orang kepercayaannya.

Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan".

Dalam ayat ini menunjukkan Nabi Yusuf AS memohon diberikan jawatan yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang besar.

Pengajaran untuk kita, hanya memohon sesuatu pekerjaan yang kita yakin akan dapat tunaikan, Nabi Yusuf yakin dia layak untuk menjaga perbendaharaan waktu itu berdasarkan pengetahuan dan ilmu menafsir mimpi yang telah Allah kurniakan kepadanya.

Sepanjang tempoh beliau berkhidmat dengan raja mesir, Nabi Yusuf berhasil menyimpan stok tanaman yang cukup sebagai bekalan untuk 7 tahun kemarau di Mesir. Kemarau bukan sahaja melanda Mesir, tetapi juga negara jiran. Mesir mempunyai simpanan yang cukup untuk membantu jiran-jirannya. Berita ini sampai ke pengetahuan saudara-saudara Nabi Yusuf AS di Palestine. Disebabkan kemarau, mereka juga bertolak ke Mesir dengan harapan untuk memohon bantuan makanan. Apabila sampai di Mesir, mereka bertemu dengan Nabi Yusuf AS untuk memohon bantuan, tetapi mereka tidak mengenali beliau.


Setelah memberi bekalan makanan kepada saudara-saudaranya itu, Nabi Yusuf berkata,  :" (Pada kali yang lain) bawalah kepadaku saudara kamu yang sebapa. Tidakkah kamu melihat, bahawa aku menyempurnakan bekalan makanan kamu, dan bahawa aku sebaik-baik penerima tetamu?
Oleh itu, kalau kamu tidak membawanya kepadaku, maka tidak ada hak bagi kamu mendapat bekalan makanan di sisiku, dan janganlah kamu menghampiriku lagi".

Mereka menjawab: "Kami akan memujuk bapanya melepaskan dia bersama-sama kami, dan sesungguhnya kami akan melakukannya".

Nabi Yusuf sekali lagi menunjukkan sifat mulia beliau bila mana beliau menghulurkan bantuan tanpa mengira penganiayaan yang telah dilakukan mereka kepadanya dahulu. Nabi Yusuf menggunakan teknik untuk meyakinkan saudaranya untuk menurut permintaannya.

Semasa bantuan itu diberi, saudara-saudara Nabi Yusuf menukarkannya dengan barang-barang yang mereka bawa dari rumah, namun Nabi Yusuf AS mengarahkan pembantunya untuk meletakkan balik barang-barang itu ke dalam karung mereka. Oleh kerana Nabi Yusuf tahu, ayah mereka tidak pernah mengajarkan mereka untuk mengambil barang-barang secara percuma, mereka pasti akan kembali ke Mesir untuk memulangkan barang-barang itu. Dan kali ini mereka pasti akan membawa saudaranya iaitu Bunyamin.

Sementara itu, di Palestine, saudara Nabi Yusuf AS telah berusaha memujuk Nabi Ya’qub untuk membenarkan mereka membawa Bunyamin ke Mesir. Nabi Ya’qub masih lagi teringatkan peristiwa Nabi Yusuf yang dibawa pergi satu masa dahulu dan beliau bimbang hal sama akan terjadi pada Bunyamin. Dia tidak membenarkan mereka membawa Bunyamin pergi. Selepas mereka membuka karung yang dibawa pulang, mereka terjumpa dengan barangan yang dikembalikan kepada mereka. Saudara- saudara Nabi Yusuf terus memujuk Nabi Ya’qub agar mereka dapat kembali ke Mesir untuk mendapat lebih banyak makanan, dengan syarat mereka mereka harus membawa Bunyamin.

Kali ini Nabi Ya’qub AS telah menyuruh anak-anaknya bersumpah demi Allah yang mereka akan membawa kembali Bunyamin pulang ke Palestine, melainkan mereka semua dikepung dan dikalahkan musuh. Nabi Ya’qub juga berpesan agar mereka memasuki Mesir melalui pintu-pintu yang berlainan.

Hikmah dari arahan Nabi Ya’qub ini adalah jika sekumpulan lelaki yang baik paras rupanya berjalan bersama, ia akan menarik perhatian mengundang pandangan jahat dari orang sekeliling.

Macam pepatah Inggeris tu...don't put all your eggs in one basket. Macam tu jugalah kita, contohnya kita diberi rezeki dari Allah, cuba perbanyakkan saluran sedekah kita, jangan hanya tumpu pada yang satu, sedekah duit pentng, tapi bila dah sedekah duit, belum tentu ibadah kita itu diterima Allah, sedekah la ikut lain pula..kudrat ada, masa ada, dan kalau tak mampu....sedekah doa pon insyaAllah ada manfaatnya :)

Itu saja untuk kali ni. Wallahu a'lam...

p/s: dah mintak company belikan tiket kapeiterebang nak balik raya.....hehehehehe...