Alhamdulillah, I have managed to share the Epic Journey at work last week. Condensed into a 1-hour sharing session. A lot of details were skipped, but I hope that I've covered most important thing about the Surah. I squeezed a two days of lecture into a 10-pages script...pening wooo....
I know a owe some people on the detail tafseer, but let me just share the summarized part first. I'll still continue with the details tafseer, insyaAllah. So here goes, the script in 98% bahasa melayu (translating job is tough man....)
An Epic Journey – perjalanan yang epic, perjalanan siapa? Apa yang epic nya? Epic dari segi bahasa bermaksud puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat.
Kisah yang akan saya kongsi tak lain dan tak bukan kisah salah satu Nabi yang wajib kita percaya di kalangan 25 rasul, Nabi Yusuf AS.
Mula-mula, saya nak minta tuan-tuan dan puan-puan senaraikan 3 perkara yang terlintas bila kita dengar nama Nabi Yusuf AS. Bila habis sesi ni, boleh kita bandingkan balik apa yang kita tahu dengan apa yang sebenarnya Allah sampaikan tentang Nabi Yusuf AS, align ke tak?
Sedikit background untuk Surah Yusuf, surah yang ke-12 dalam al-Quran, kebanyakan pendapat menyatakan ayat-ayat dalam surah ini adalah ayat Makkiyah, yakni diturunkan di Mekah. Mempunyai 111 ayat dan sebanyak 102 ayat keseluruhannya menceritakan tentang Nabi Yusuf, selebihnya ayat-ayat yang memberi kesimpulan kepada cerita ini.
Bila kita berbicara tentang ayat Al-Quran, tak dapat tidak kita kena tau sebab-sebab ayat itu diturunkan. Menurut ulamak, ada beberapa sebab kenapa Allah menurunkan Surah Yusuf.
1. Ujian – dikisahkan, dalam masa berdakwah di Mekah, ada sekumpulan Yahudi menyuruh kaum musyrikin bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang perpindahan Nabi Ya’qub dari Palestin ke Mesir. Tujuan mereka adalah untuk memalukan Nabi Muhammad SAW. Kalau kita tengok salasilah 25 Rasul, susur galur Nabi Yusuf datangnya dari Nabi Ishaq, manakala Nabi Muhammad berketurunan dari Nabi Ismail. Kaum Yahudi sentiasa yakin bahawa Nabi terakhir, penghulu segala Nabi akan diutuskan dari kalangan orang yahudi, oleh itu bila mana Nabi Muhammad mengisytiharkan bahawa baginda merupakan Rasul terakhir utusan Allah, golongan yahudi tak nak mengakui hal itu, walaupon tanda-tanda kenabian itu telah disebut dalam kitab-kitab yang terdahulu.
Tindakan mereka menanyakan perihal Nabi Yusuf kepada Nabi Muhammad adalah untuk mempermalukan Rasullullah, mereka menyangka Nabi Muhammad akan kembali bertanya mereka tentang kisah Nabi Yusuf, memandangkan Nabi Yusuf juga berasal dari kalangan mereka.Sekiranya terjadi demikian, mereka akan mempersendakan Nabi Muhammad dan menuduh baginda sebagai rasul yang palsu. Tapi Allah Maha Besar, maka Surah Yusuf diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

2. Cerita yang terbaik –
diriwayatkan dari Al Hakim bahawasanya Saad bin Abi Waqas meriwayatkan, semasa
al-Quran diturunkan dan Rasullullah menyampaikan wahyu tersebut, para sahabat
membuat permintaan kepada Rasululah, “Ceritakanlah kepada kami satu kisah” Maka
Allah menurunkan ayat dalam surah Yusuf yang mafhumnya :
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan
jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum
datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan
halnya.” ( Yusuf:3 )
3. Peringatan (Motivasi) kepada
Nabi Muhammad SAW. Surah Yusuf diturunkan di penghujung waktu Nabi Muhammad
berdakwah secara terang-terangan di Mekah. Kita semua tahu bagaimana buruknya
layanan kaum musyrikin Mekah ke atas umat Islam pada masa itu. Sepanjang
beberapa tahun perjalanan dakwah Rasullulah, baginda diuji dengan pelbagai
cabaran, kalau kita lihat di sini, Nabi sedang dalam keadaan yang sedih selepas
kewafatan Khadijah, lepas tu peristiwa Rasulullah dihina di Ta’if. Kiranya
waktu ni Rasulullah sangat down.
Allah menurunkan surah ini sebagai peringatan
kepada rasulullah bahawa telah ada pesuruh Allah yang terdahulu yang diuji,
walaupon bukan dengan ujian yang sama tetapi tak kurang beratnya dengan ujian
yang sedang dihadapi oleh Rasulullah pada waktu itu. Pengajaran untuk kita
jugak, kalau kita rasa kita susah, ditindas, dianiaya, tak mustahil ada orang
yang lebih teruk keadaannya daripada kita. Ini sedikit sebanyak boleh memupuk
sifat bersyukur dan bersabar dalam kehidupan kita.
Kalau tak silap saya Saidina Umar saat diuji, dia akan bersyukur, kerana dia pegang pada prinsinp, betapa
teruk pon ujian itu, it could have been worse.
Kisah Nabi Yusuf di dalam surah ni bermula
apabila Yusuf AS pada suatu malam telah bermimpi melihat sebelas bintang,
matahari dan bulan tunduk sujud kepadanya, lalu beliau menceritakan kepada
ayahandanya, Nabi Ya’qub AS. Mendengarkan cerita anaknya itu, Nabi Ya’qub
berpesan kepad Yusuf AS supaya tidak menceritakan kepada saudaranya yang lain
kerana bimbang akan terjadi sesuatu yang tidak diingini.
Ayat 4 mengajarkan
kita tentang hormat kepada orang tua, saya tak pandai langsung bahasa Arab tapi
ada bahagian dari ayat ini yang menunjukkan bagaimana cara untuk bercakap
dengan orang tua . dikatakan ada lebih dari 10 cara untuk memanggil orang yang
lebih tua dalam bahasa arab, dan cara yang paling lembut adalah dengan menambah
huruf ‘tha’ di hujungnya, dalam ayat ini,
“Ya abati” maksudnya wahai ayahku. Kita dalam bahasa melayu pon tak
kurang juga budi bahasanya, kalau tak boleh lembut dengan perkataan, boleh
lembut dengan intonasi.
Penting untuk kita amalkan bercakap dengan nada yang
lembut dan sopan kepada kedua orang tua kita, common sense kan? Sebenarnya
penting untuk kita dan amat penting untuk dijadikan contoh kepada anak-anak
(kepada yang sudah ada anaklah) dalam ayat ini menunjukkan Yusuf AS menjadikan
ayahnya sebagai first point of reference bila mana dia ada persoalan. Kalau
dilihat anak-anak zaman sekarang, kalau dia confuse, siapa yang dia cari dulu?
Kalaulah ibu bapa itu mempunyai hubungan yang baik dengan anak, tidak mustahil
anak-anak akan mencari mereka dulu. Tapi, kalau ibu bapa terlampau sibuk, atau
terlampau garang, hinggakan anak nak tanya soalan pon tak berani, sudah
semestinyalah dia cari orang lain dulu. Kalau orang lain tu boleh dipercayai,
contohnya guru dan sebagainya, insyaAllah ok, tapi kalau dicari tu kawan sebaya
yang dia pon xtau apa-apa, bukankah masalah tu. Jadi amat penting untuk
membentuk hubungan ibu bapa – anak yang baik sehingga sampai tahap anak itu
boleh menjadikan ibu bapa itu sebagai role model dalam kehidupan mereka. Common
sense lagi kan?
The rest I'll share later, too long to cover at one shot :)
Wallahu 'alam....
live telecast to the rest of the workplace. look who's talking :) - credit to a colleague that captures this!! |