Sunday, September 19, 2010

Finally...

he's married. Let it go.

I hope you fly away, never to cross my way again, for I could not predict how I will react nor how I will feel..
 p/s: ni kes tepuk sebelah tangan ye, harap maklum.

Monday, September 13, 2010

Raya..raya..raya..-Edisi Gambar

Nothing much, just a typical Raya for most Malay in Malaysia (oversea lain cerita..) Let the pics tell the story :)
Child labour - very cheap ones!!!





new deco for this year
ketupat palas, northern delicacy

family portrait
nak pi beraya
model jelapang padi ;)
Salam Aidilfitri 1431H ;)

Tuesday, September 7, 2010

Edisi Mintak Ampun...

Is it just me or the day just gets shorter? Work not done yet (it never will eh?) Yet I could not concentrate anymore. This year, have not sent out a single cards at all, jangan kata pos, hand delivered pon takdak. Today, albeit me complaining on shorter day, it will be a long one, will be driving back to SP after iftar in KL.
bazar kat SP

I found this interesting stall at Tasik Permaisuri's bazar
Nak Upin Ipin, nak Barbie, nak Ultraman..semua ada..

Sudah semestinyalah lepas post gambar ni, ada orang tambah sedih dan sayu...oleh itu di hari baik bulan baik ni, hamba menyusun jari memohon ampun dan maaf to all out there who reads the blog (adakah?). For all the wrongdoings, this that I wrote that may have hurt your feelings one way or another. And with that here's a virtual card for you. (Kalo kak tek nak print pastu display kat dinding pon boleh jugak!! ;0)

Selamat Hari Raya Aidilfitri and have fun celebrating with your loved ones, be safe, no matter where you are.

Friday, September 3, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah...

  • 4.30 pm : Keluar ofis, singgah isi minyak, survey harga kerepek, tup tap tup tap kul 5 jugak baru masuk tol Seremban-PD
  • 6.00 pm : Exit tol Sg Besi..jem giler...dah agak dah..nasib baik dah factor in jam sume tu..
  • 6.30 pm : Sampai Cheras, solat, salin baju (tak sempat mandi pon)
  • 6.45 pm : Make way to Hotel Grand Season, ade jemputan berbuka by this one company (A) yang ktorang hire back in 2007..tu yang semangat redah jam bagai..makan hotel free la katakan...
  • 7.09 pm : Still stuck kat Jalan Cheras, masuk Kg Pandan pon tak lagi ni...radio dok ulang2 waktu berbuka...agak tensi tapi sebab dah boleh agak so rilek lagi...
  • 7.20 pm : Azan maghrib berkumandang...aku still stuck kat Jalan Tun Razak, auto signboard cakap jalan sesak sampai PWTC...redho je la..makan gegula, from doorgift wedding Priya hari tu, nasib baik ada..Priya dapat pahala free gegula dia aku buat bukak posa...
  • 7.36 pm : Akhirnya aku sampai hotel..alhamdulillah..plan nak solat dulu pastu serbu buffet line. Terserempak ngan bos company A kat depan surau, bagi salam, ckp nak masuk lepas solat..dia pon angguk OK-OK
  • 7.45 pm : Siap solat, masuk dalam grand ballroom, mak ai..ramainya orang, sambil tu panjang-panjangkan leher cari muka familiar company A, agak2 sorang dua yang aku kenal...
  • 8.00 pm : Satu muka budak company A pon tak nampak, pegi front desk, check ngan diorang company A amik meja no berapa...check tgk company A xde dlm senarai..alamak...register bawah nama secretary dia la tu...dah la nama secretary yang send invite tu aku tak ingat..No phone budak2 yang keja sekali tu pon dah xde..aku tukar phone..aduyai....
  • 8.15 pm : Perut dah bunyi, angin dah naik sampai kepala...still x nampak bayang orang company A, aku mimpi ke tadi? Nekad amik sepinggan tumpang je meja memane yang kosong. Lepas tanya dua meja, sah xde tempat kosong...fikir-fikir balik, takde rezki aku makan hotel kot hari ni..
  • 8.20 pm : Letak pinggan, jalan pi parking, balik...
  • 8.29 pm : Baru sampai bulatan Kg Pandan, azan isyak kat IKIM, aahh...pi Jusco ja la...nak makan McD, baru hari tu dapat email daging McD haram...was-was la plak nak makan....
  • 8.35 pm : Sampai Jusco, tatkala umat Islam lain sibuk meluruskan saf nak solat jemaah, aku baru nak luruskan parking keta..haish...
  • 8.45 pm : Tgk makanan lebih kurang, rembat apa yang boleh, balik...
  • 9.30 pm : Sampai rumah, ni tgh layan budak setan kat astro prima sambil makan bento set Jusco for iftar....


p/s: waktu azan isyak tu, rase nak nangis pon ada jugak, tapi nak buat camne, dah xde rezki...redho je la...

Blogwalking Award 2010

Yela....yela....dah 3 orang tag..kena la buat, ;p
cam ngeri je rupa kasut ni....

1. Apakah yang bermain di minda anda sekarang?
Journey management plan- nak balik raya la katakan...


2. Apakah nama samaran anda?
Older & higher rank people in the family called me Buji

3. Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
Macam Dieya gak...family je dah terlebih kuota (adik beradik dah setengah dozen..so how?) Bagila 30 ke..baru mencabaq skit nak pikiaq...

4. Panggilan untuk si dia?
Kena cari dia dulu baru boleh tau nak panggil apa...hahahaha..

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
I nak you bagi I sebijik rumah yang you design & bina untuk I - (gaya Rashidi Ishak dalam pelem CINTA tu...)

6. Blog mana yang anda selalu lawat?
My daily dose of life ;)

7. TAG kan kepada 15 blogger?
Aiyoo...ni memang la x boleh nak settle, coz blogger frenz pon x ckp 2-2 belah tangan (lagipon memasing dah tag-mengetag kan?)...so sape2 nak tag diri sendiri, silakanlah...jemput masuk...

Thursday, September 2, 2010

Al-Qadr (Ramadhan reaching to its end..)

Pejam celik-pejam celik dah 23 hari puasa. Something to reminds us by whats left of Ramadhan,

Tafsir:
Sahih International
  1. Indeed, We sent the Qur'an down during the Night of Decree.
  2. And what can make you know what is the Night of Decree?
  3. The Night of Decree is better than a thousand months.
  4. The angels and the Spirit descend therein by permission of their Lord for every matter.
  5. Peace it is until the emergence of dawn.
Malay
  1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
  2. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
  3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
  4. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
  5. Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
p/s: semoga diberi kesempatan di malam-malam terakhir ini...insyaAllah..

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka Edition Meal

For this PH, I decided to have a feast of tradition (my family that is) . Did not took leave on Monday, so not worth my money to go back KL on 31st Aug. Already planned to cook for iftar and invite few friends over. So what did I cooked?
 Menu:
Nasi Kerabu ala Utara
Asam Pedas Keladi
Sambal Terung Belanda a.k.a Terung Pipit
Ikan Cencaru Goreng

That is the main ones, the rest are supplied by the guests. I only managed to snap few pics of the ingredient, by the time I finished cooking, it was already maghrib and I was too tired (could not be bothered actually) to snap anymore pictures..hahaha... But the highlight is of course Nasi Kerabu ala Utara. This is not at all the same as Nasi Kerabu that you normally get elsewhere. Only people in Kedah still eat this, though I saw one stall in Cheras sells this, but did not buy for I scared that it would not meet my expectation.
raw material...
So lets go to the recipi ;)

Nasi Kerabu ala Utara
Bahan-bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
1 sudu makan halia + serai : ditumbuk halus
1 biji bawang besar : dihiris halus
1 sudu teh lada hitam : ditumbuk halus
1 sudu makan ikan kering (talang) : digoreng dan ditumbuk halus
2 sudu makan kerisik
Segenggam ulam-ulaman : diricik halus (this part I failed miserably..but anyhoo...)
Garam untuk perasa

Cara membuatnya:
Nasi putih dicerai-ceraikan(betul ke ni?) supaya tidak berketul dan dibiarkan sejuk. Dah sejuk,campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul rata. Hidangkan bersama asam pedas keladi...
Ulam that was used : daun cekur, daun pegaga, daun gajus...and another 1 more that I did not know what that is..


Asam Pedas Keladi
3 keladi (1 keladi ada ~3-4 batang) : siat dan buang lapisan luar, rendam dalam air
10 biji cii kering
1 sudu teh halba
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh lada hitam
4-5 keping asam
1-2 cm belacan
Segenggam daun kesum
Air secukupnya
Garam untuk perasa

Cara membuatnya
Rebus batang keladi dengan 2 keping asam hingga masak. Tos dan ketepikan. Rendam halba, lada hitam dan jintan manis ke dalam air panas, tumbuk sampai lumat. Kisar cili kering dan masak bersama belacan dan rempah tumbuk tadi. Apabila cili sudah masak, masukkan air, asam keping, daun kesum dan garam. Masak hingga mendidih, kemudian masukkan keladi. Siap untuk dihidang..
 p/s: SMS my mom to get the two recipies..hahaha..baru nak belajar, previously I only prepared the stuffs and she will do all the cooking and what not...